Isnin, 30 November 2009

Majlis Terima Hadiah

Baru baru ini aku terpaksa cuti kerana ingin mengikuti beberapa majlis di sekolah anak anak aku. Satu majlis penyampian hadiah bagi Farah Najwa (Tadika) dan majlis penyampaian hadiah bagi Faiz dan Faris di Sekolah Rendah Kompleks Seberang Takir Kuala Terengganu. Faiz mendapat no 3 dalam kelas pagi dan mendapat no 1 dalam kelas Kafa sebelah petang. Faris pula mendapat no 19. Anak anak aku ini perlu lebih banyak lagi perhatian dan tunjuk ajar agar tidak ketinggalan dalam pelajaran. Aku akan cuba sedaya upaya untuk memajukan mereka ini.
Selamat Belajar Bersungguh sungguh.
Farah Najwa sedang makan roti...
Farah bersama Fasha (adik)
Farah pada majlis penyampaian sijil.
Faiz bersama hadiah hadiahnya.
Faiz bersama kawan rapatnya..Rizal.
Lima sekawan...Faiz dan Geng gengnya. The Geng dengan gayanya yang tersendiri.
Faiz dan Faris serta rakan rakan.

Faiz didalam kelasnya...4T