Selasa, 20 Januari 2009

SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA....
Siapakah orang yang sibuk?Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
Siapakah orang yang manis senyumannya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia berkata ''Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.'' Lalu sambil berkata, ''Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini.'' sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara.
Siapakah orang yang miskin? Orang yangmiskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang telah sampai usia pertengahan namum masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik? Orang yanga paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan dimana kuburnya akan di perluas seperti saujana mata memandang.
Siapakah yang mempunyairumah yang paling sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyaii rumah yang paling sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya hinggakan tulang rusuknya bersilang dari kiri ke kanan.
Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa api neraka.
Siapakah orang yang kedekut? Orang yang kedekut adalah orang yang membiarkan atau tidak membaca posting ini malh tidak menunjukkan juga pada orang lain.
SEBAHAGIAN BESAR antara kita mengharapkan agar dapat menjadi kaya raya. Jadi Jutawan. Hidup senang lenang, kereta besar, rumah besar, isteri kecil.. mewah... atau apa jua yang dikatakan terbaik. Yang pastinya Tuhan mampu bagi menjadikan semua orang mewah, Tuhan mampu menjadikan semua orang JUTAWAN... KAYA RAYA. Tapi... BAGAIMANA KALAU SEMUA ORANG KAYA RAYA DAN SEMUA ORANG JADI JUTAWAN.... SELESAKAN KEHIDUPAN KITA????"Andaikata semua kita bangun daripada tidur dan di tepi pintu bilik sudah tersedia wang RM berjuta. Isteri kita juga begitu. Anak-anak kita juga begitu. Ayah dan ibu.... Jiran yang lain juga begitu. Dan seluruhnya mendapat anugerah yang sebegitu dari Tuhan.Maka seperti biasa, paginya kita menuju ke warung kopi untuk sarapan sebungkus nasi lemak serta secawan nescafe.... Alangkah kecewanya hari itu warung kopi ditutup tutup kerana tokeh warung tidak lagi menjalankan perniagaan nasi lemak dan urusan sarapan kerana beliau sudahpun jadi jutawan.Kita mengalih langkah menuju ke kedai runcit untuk membeli susu dan nescafe.... tetapi kecewa kerana tokeh kedai runcit juga menutup kedai kerana sudah juga menjadi jutawan.Dengan perut kosong kita membuat keputusan untuk ke BANK bagi membuat simpanan duit yang dianugerahkan oleh Tuhan malam tadi... . Sebaik tiba di setesen petrol, hal yang sama.... setesen petrol juga sepi kerana semua pekerja sudah tidak lagi ingin bekerja kerana mereka juga sudah menjadi jutawan... lantas kita berjalan kaki sambil memikul wang satu berguni ke bank.Malang, bank juga sepi. Guard di bank juga tidak lagi bertugas kerana sudah menjadi jutawan. Kita membuka sendiri pintu bank... semua pekerja bank termasuk cashier ... tidak hadir bertugas kerana sudah juga bergelar jutawan.Memang khayalan ini semata-mata rekaan... tetapi Tuhan mampu menjadikan semua manusia kaya raya melalui kekuasaan yang ada padaNya. Apabila ditentukan ... kita tidak perlu menjadi pencuri, pembunuh, penipu , penerima rasuah atau terpengaruh dengan Skim Cepat Kaya untuk kaya raya. Penganjur Skim Cepat Kaya boleh mencari saudara mara, waris warah, kerabat atau kaum keluarga sendiri untuk berkongsi kekayaan menjadi jutawan sekiranya pelaburan menerusi mereka benar. Maka tertipulah sipandir yang ingin kaya dengan membuat loan bank, jual kenderaan, gadai tanah semata-mata untuk melabur dalam saham tipu.... (sekadar contoh). OLEH ITU... usah terlalu tamak untuk kaya raya.. KAYA HARTA mungkin TIDAK LAYAK UNTUK SEMUA ORANG. Dan bersyukurlah kita dengan apa yang ada kerana tidak ada jalan pintas untuk itu semua orang menjadi jutawan kecuali orang-orang yang sudahpun dianugerahi menjadi jutawan. Hancurnya dunia ini antaranya kerana ada orang kaya. Kerana adanya orang yang mampu membuat senjata.... adanya manusia yang mampu membeli sex rambang... adanya orang yang mampu menarah cerun bukit.... adanya manusia yang mampu membuat pencemaran...

Rabu, 7 Januari 2009

AKU KINI DAN DISANA SINI

Gambar Adik Fasha dalam Handfon...
Farah Najwa bersama Geng Upin dan Ipin Bulih main pasir dok apa satu....
Gaya gapa gitu....Macam gayong je...
Teman anak main pasir pantai...
Abah dia pun....ok agi...
Aksi kat pantai...3 serangkai
4 beradik main kat pantai Airport...
Baju kita pun sama....
Makan nasi ayam Yunnam kat Batu Buruk...sedap ugak.
Tok Ma masuk wad 5EF pada 26 Feb 2009.
(Berehat Kat Spital)
Nak ambil gambar adik Fahsa... Ramai uduk tengok...
Makan kat KFC... sekali sekala...kalu sokmo..berat.
Liza...uduk tunggu orang jual ikan mari...
Akmal(anak saudara) dan Fasha
Petang petang pusing bawak anak anak...depan Fahsa dan belakang Farah Najwa. Boleh naik motor dok apa satu lah...
Aku hari ini.. (Feb 2009)
Bersama Faiz (anak sulong aku)
Semua ok kalau...?
Haji Wahab...ye ke?
Masa gi kat Sarawak ni...
Bukan superman ni...
Aku bersama isteri tersayang (Liza).

Aku masa dulu dulu

Gambar kat JB...
Aku masa awal 20an dulu... yang mana aku?
Kenangan kat JB dulu..sama geng geng kg
Kat Sekayu... lama dah
Masa aku kahwin dulu...
Aku masa remaja ni...tapi sekarang dah lain...

Selasa, 6 Januari 2009

Koleksi gambar anak anak dan anak beranak

Lima beranak di Dataran Shahbandar...Suarasa
Fasha dan Farah dengan Geng Upin dan Ipin
3 trio yang tak pernah sunyi...bunyi sokmo....
Adik Fasha...masih malu malu lagi
Saudara Abd Wahab bin Ali....Akulah tu.....
Sempat jugak bergambar dengan Hot FM
Faris bersama Upin dan Ipin di program Suarasa TV9
Sewaktu pertandingan Memancing di Jambatan Kempas
Ikan tak makan lagi...boring ugak ni
Bersama hadiah masing masing...cabutan bertuah
Anak anak dan anak sedara tu... ramai lagi tu..
Tengok adik molek...kan jatuh kan..
Senyum sapa tu Farah?
Tengok gapa tu... adik Fasha?
Farah Najwa.... nak jadi PM ni...
Anak bungsu abah...Fasha Nisrina
Nak jadi angkasawan ke...
Gaya yang tersendiri... Anak abah kan tu...
Dari kiri; Faris, Farah, Fasha dan Faiz. Molek dah... 2 laki 2 puan.