Selasa, 20 Januari 2009

SEBAHAGIAN BESAR antara kita mengharapkan agar dapat menjadi kaya raya. Jadi Jutawan. Hidup senang lenang, kereta besar, rumah besar, isteri kecil.. mewah... atau apa jua yang dikatakan terbaik. Yang pastinya Tuhan mampu bagi menjadikan semua orang mewah, Tuhan mampu menjadikan semua orang JUTAWAN... KAYA RAYA. Tapi... BAGAIMANA KALAU SEMUA ORANG KAYA RAYA DAN SEMUA ORANG JADI JUTAWAN.... SELESAKAN KEHIDUPAN KITA????"Andaikata semua kita bangun daripada tidur dan di tepi pintu bilik sudah tersedia wang RM berjuta. Isteri kita juga begitu. Anak-anak kita juga begitu. Ayah dan ibu.... Jiran yang lain juga begitu. Dan seluruhnya mendapat anugerah yang sebegitu dari Tuhan.Maka seperti biasa, paginya kita menuju ke warung kopi untuk sarapan sebungkus nasi lemak serta secawan nescafe.... Alangkah kecewanya hari itu warung kopi ditutup tutup kerana tokeh warung tidak lagi menjalankan perniagaan nasi lemak dan urusan sarapan kerana beliau sudahpun jadi jutawan.Kita mengalih langkah menuju ke kedai runcit untuk membeli susu dan nescafe.... tetapi kecewa kerana tokeh kedai runcit juga menutup kedai kerana sudah juga menjadi jutawan.Dengan perut kosong kita membuat keputusan untuk ke BANK bagi membuat simpanan duit yang dianugerahkan oleh Tuhan malam tadi... . Sebaik tiba di setesen petrol, hal yang sama.... setesen petrol juga sepi kerana semua pekerja sudah tidak lagi ingin bekerja kerana mereka juga sudah menjadi jutawan... lantas kita berjalan kaki sambil memikul wang satu berguni ke bank.Malang, bank juga sepi. Guard di bank juga tidak lagi bertugas kerana sudah menjadi jutawan. Kita membuka sendiri pintu bank... semua pekerja bank termasuk cashier ... tidak hadir bertugas kerana sudah juga bergelar jutawan.Memang khayalan ini semata-mata rekaan... tetapi Tuhan mampu menjadikan semua manusia kaya raya melalui kekuasaan yang ada padaNya. Apabila ditentukan ... kita tidak perlu menjadi pencuri, pembunuh, penipu , penerima rasuah atau terpengaruh dengan Skim Cepat Kaya untuk kaya raya. Penganjur Skim Cepat Kaya boleh mencari saudara mara, waris warah, kerabat atau kaum keluarga sendiri untuk berkongsi kekayaan menjadi jutawan sekiranya pelaburan menerusi mereka benar. Maka tertipulah sipandir yang ingin kaya dengan membuat loan bank, jual kenderaan, gadai tanah semata-mata untuk melabur dalam saham tipu.... (sekadar contoh). OLEH ITU... usah terlalu tamak untuk kaya raya.. KAYA HARTA mungkin TIDAK LAYAK UNTUK SEMUA ORANG. Dan bersyukurlah kita dengan apa yang ada kerana tidak ada jalan pintas untuk itu semua orang menjadi jutawan kecuali orang-orang yang sudahpun dianugerahi menjadi jutawan. Hancurnya dunia ini antaranya kerana ada orang kaya. Kerana adanya orang yang mampu membuat senjata.... adanya manusia yang mampu membeli sex rambang... adanya orang yang mampu menarah cerun bukit.... adanya manusia yang mampu membuat pencemaran...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan